Friday, 15 April 2016

Filled Under:

PUDING KEK KOPI






Bahan lapisan kopi:

1 tsp agar-agar serbuk
250ml air
1 1/2 tbsp gula pasir kasar
3 tsp kopi segera - boleh guna nescafe 3 in 1

Bahan lapisan kastad:

2 tbsp kastad
80gm gula
3 tsp agar-agar serbuk
50ml air
200gm susu cair
500ml air
1 tsp esen vanila

Bahan lain:

Sebiji kek span - bakar dalam loyang 9"x9" lepas tu belah 2 kek & potong ikut saiz loyang 8"x8"

Cara:

1. Sediakan lapisan kopi, bancuh agar-agar dengan sedikit air & masukkan dalam periuk bersama-sama air & gula. Didihkan & biar merenih dalam 2 minit. Tutup api, masukkn kopi segera. Kacau sebati & tuang dalam loyang 8"x8" yang telah dibilas dengan air tanpa perlu dilap lagi.
2. Sediakan lapisan kastad, didihkan 500ml air. Campurkan tepung kastad, gula & agar-agar dalam mangkuk. Masukkn 50ml air & kacau sebati. Apabila air dh mendidih, masukkn bancuhan agar-agar tadi. Kacau sebati hgga mendidih, masukkn susu cair & esen vanila. Renihkan lebih kurang 1 minit, cakar2kan lapisan kopi tadi & tuang lapisan kastad di atasnya.
3. Apabila lapisan kulit dah terbentuk di atas permukaan lapisan kastad, letakkan kek secara berhati-hati. Tekan2 sedikit tapi dengan perlahan-lahan. Biarkan sejuk selama 4-5 jam @ hingga lapisan kastad benar-benar keras.
4. Apabila dah sejuk, lalukan pisau plastik di tepi dalam loyang untuk melonggarkan puding. Pastu telangkupkan dengan berhati-hati. Potong & hidangkan, selamat mencuba.




0 comments:

Post a Comment