Tuesday 12 April 2016

Filled Under:

Cara Senang Buat Durian Crepe

Cara Senang Buat Durian Crepe . Hasilnya tak mudah koyak dan nipis.

Resepi ini dapat hasilkan sehingga 20-25 keping.

Tepung Hong Kong 4 sudu besar rata
Tepung kastard 4 sudu besar rata
Tepung jagung 2 sudu besar rata
Tepung ubi 2 sudu besar rata
Tepung kentang 2 sudu besar rata
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair
1 sudu besar minyak jagung
Pewarna kuning- optional
Whipping cream (value pride @ vivo)
Isi Durian

Cara-cara

1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
3.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. 
4. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
6. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu.





0 comments:

Post a Comment